:: Search ::

Sunday, March 28, 2010

Takdir Cinta


Hati siapa yang tidak sakit kalo mengetahui kekasihnya sendiri sedang bersama orang lain. Hati siapa yang tidak pedih kalo mengetahui kekasihnya sedang tidur bersama orang lain :'( Tidak dapat aku bayangkan betapa siksa nya hati ini. Begitu murah maruah dirinya, senang lenang begitu sahaja merasai kenikmatan. Tapi biarkanlah, siapa aku untuk menghalang? Aku bukan siapa siapa pun. Kenangan dulu ketika bersamanya hanya manis buat aku. Mungkin ketika aku bersamanya tidak pernah menjadi memori indah baginya. Mungkin hanya sebuah jalan cerita yang tidak harus dikenang. Tapi bagi aku itu lah kenangis yang amat manis. Biarlah.... itu haknya untuk bersama siapa sahaja yang dia suka. Sudah aku katakan aku bukan siapa siapa pun. Tidak penting, dan tidak mempengaruhi apa2 pun :'(

Walaupun pahit, aku terpaksa menelannya. :') Aku redha apa sahaja yang berlaku sekarang. Aku sudah malas untuk ambil peduli... kerana aku bukan siapa siapa pun :') Alhamdulillah, ujian yang sebesar ini, aku harapkan akan memberi kebahagiaan kepada aku suatu hari nanti. Tinggal beberapa hari lagi :') Mungkin akan mengubah segalanya. Kehidupan baru yang lebih bahagia... ahhh tidak sabar :')

Sekarang aku berada di Dubai. Keadaan cuaca yang agak panas membuatkan aku lebih selesa untuk bersantai di bilik. Esok lewat malam aku harus bertolak ke Cairo, sebuah kota yang tidak asing lagi dengan keunikan piramid. Mungkin perjalanan aku ke sana akan meredakan sedikit perasaan ini.

Tidak sabar pulak rasanya untuk pulang ke Malaysia 2 April ini. Rasanya ingin ke Kota Kinabalu. Ahhh tidak sabarnya, hati pulak semakin berdebar2. Moga2 sinar baru ini dapat memberi kebahagian yang sebenarnya buat aku. Tidak perlu lagi untuk aku menangis, dan tidak perlu lagi untuk aku bersedih, dan tidak perlu aku berseorangan lagi :') Tapi entahlah, kalau ada rezeki yang lebih apa salahnya aku ke sana. Boleh juga aku mengenali dirinya dengan lebih cepat, dan boleh juga aku melupakan kisah2 manis yg dulu. Tambahan pula bulan Mei ini aku harus pindah ke kediaman yang baru, kediaman yang lebih selesa, lebih privacy, dan sedikit eksklusif jika dibandingkan dengan kediaman yang sekarang ini. Makanya aku harus berjimat sedikit. Tiket pesawat untuk dia bertemu aku juga sudah aku uruskan. Dan selepas ini tidak perlulah aku bersendirian lagi. Dia akan menjaga aku selamanya. :')

Mungkin ada yang tertanya-tanya. Cepat benar aku dapat pengganti. Tidak semudah itu sebenarnya untuk merelakan. Bukan kerana terpaksa, tapi aku merasakan aku sudah dapat mengenali yang mana intan dan yang mana kaca. Tambahan pula, intan yang aku jumpa lebih kurang samanya dengan kaca itu, cuma intan yang ini lebih asli dan lebih jujur kecantikannya, budinya, serta keikhlasannya. Namun kaca itu masih milik aku. Belum aku buang. Dulu kaca itu jatuh sendiri dari tangan aku tanpa aku membuangnya. Tapi keesokannya kaca itu di tapak tangan aku lagi, kerana kaca itu sendiri yang mahukan aku menjadi tuannya. Biarlah aku simpan sahaja kaca itu, simpan di suatu tempat yang jauh di sudut hati aku. Apa apapun, intan yang baru sahaja aku miliki akan aku utamakan. :')

Huhhhh... penat dan mengantuk pulak rasanya. Tengoklah nanti selepas aku bangun nanti, mungkin aku cuba untuk menempah tiket ke sana. Lagipun cuti yang agak lama, kalau di isi dengan aktiviti mengembara boleh tahan juga keseronokannya. Lagi pula aku merindui Kota Kinabalu. Banyak sangat kenangan manis di sana. Mungkin dia boleh menemani aku ke tempat2 yang pernah aku kunjungi dahulu :') . Selepas ke sana, aku akan terbang lagi, dan selepas itu aku akan menunggu kedatangan dia untuk hidup bersama aku. Penat dan mengantuk, aku berhenti di sini dahulu, hayati lagu yang aku letakkan di atas coretan ini. Ada kau dan dia, bukan aku yang mahu, itulah takdir cinta. Salamz

4 comments:

  1. Salam ajeeb, semalaman abg menunggu entry yg ini... Nampaknya jeeb dah dapat mengatasi kesedihan semalam... taniah sebab biasanya tak secepat ini luka dapat diubati..... itulah yg membezakan setiap insan, ade yg masih berpegang pada kisah silam walaupun telah berlalu tapi tidak rela melepaskan kenangan lalu yg masih terasa kehangatannya bagaikan baru semalam berlaku. Ada pula yg mampu bangun dari mimpi dan menghirup udara pagi dengan semangat baru bersedia untuk mengharung badai dan ombak bak kapal yg tidak reti mengalah untuk terus mengharung ombak dan gelombang yg mendatang demi untuk destinasi yg telah ditetapkan.... abg doakan jeeb sentiasa gembira dan dijauhi dari kesedihan, dari jauh abg hanya mampu mengeluarkan kata2 moga ianya dapat membantu menguatkan lagi semangat jeeb. wasalam... mamat melaka.

    ReplyDelete
  2. thanks... life must go on bang. I think, saya lebih menyayangi diri saya sendiri drpd org lain, dan itu tidak bermaksud saya mementingkan diri sendiri. Tapi bila difikirkan lagi, kita sibuk menyayangi orang lain, tapi adakah orang itu menyayangi diri kita... sad, tapi itu lah kenyataannya. :)

    ReplyDelete
  3. ermmmm............................................................

    ReplyDelete