:: Search ::

Monday, December 29, 2014

Di ambang 2015

Malam ini akan berlepas ke Paris. Ada 3 hari lagi untuk kita bertemu tahun baru 2015. Bila kita bercakap tentang tahun baru, masing2 akan berbicara soal azam di tahun baru. Tidak kurangnya dengan aku. Persoalannya adakah kita benar2 serius tentang apa yang kita impikan?

Semestinya ada banyak perkara yg bermain di ruang minda. Tetapi perkara yang lebih penting harus diberikan keutamaan. Aku adalah seorang yang amat memikirkan masa hadapan. Berfikir untuk kebaikan diri sendiri dan juga keluarga. Berubah sedikit demi sedikit untuk menjadi insan yg lebih baik dengan ber muhasabah dan mencari apakah kesilapan yg telah kita lakukan sebelum ini. Semoga kita menjadi seorang muslim yg lebih sempurna insyaAllah.

3 hari lagi, bertambah lah usia kita semua. Begitu cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik rambut semakin memutih, kulit semakin berkedut, tenaga semakin berkurangan. Bagi kita yg lalai dengan keduniaan memang teramatlah rugi.

Tahun depan adalah cabaran yang cukup besar buat aku. Sudah begitu lama berseorang dan kini tiba lah masanya untuk aku memikirkan tentang berumah tangga. Semoga niat murni aku ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin

*Tak sabar rasanya berhari raya dengan pasangan :P

Tuesday, December 23, 2014

Im back again

Begini lah aku, kembali semula menulis setelah beberapa tahun blog ini dibiarkan kesunyian. Entah2 selepas ini akan ditinggalkan lagi utk beberapa tahun. Tapi aku akan cuba juga utk kemas kini setakat yg aku mampu buat para pembaca. Dulu zaman belajar boleh la nak update tiap2 hari. Tapi bila dah bekerjaya ni masa sentiasa x mencukupi.

Semalam aku baru pulang dari Sydney, mmg terasa kepenatannya. Tambah plak dgn perangai rakan kerja yg bermacam ragam membuatkan emosi turut merasa keletihan. Mujurlah aku ni seorang yg penyabar. Huhu

Hari ini aku cuti bekerja, baring2 di atas sofa, merehatkan badan dan minda sebelum memulakan lagi perjalanan ke Colombo esok malam. Akan kembali ke tanah air di hari yg berikutnya betul2 di pagi Krismas. Kepada teman2 yg menyambut hari natal, semoga berbahagia bersama keluarga dan Merry Cristmas!

Saturday, March 31, 2012

Back to basic

7.29pagi Johannesburg - South Africa (1.29pm MY)

5 hari sudah berlalu. Tiada lagi cinta, tiada lagi erti syg, kini aku membawa haluan sendiri. Setelah selesai solat subuh...aku merebahkan badan di atas katil, dengan kedua2 tangan kanan aku rebahkan di sisi, sambil kepala menoleh ke arah jendela. Aaaahhhhhhhhh... (aku menarik nafas panjang). Indah sungguh pemandangan di Afrika. Betul2 membuat perasaan aku sayu. :'(

Aku berfikir panjang... mengenangkan diri ini, yg kini terpaksa berjalan sendiri, meneruskan kehidupan tanpa seorang teman. Namun aku bersyukur, kerana masih mempunyai keluarga yg tercinta. Tanpa mereka, tiada lah aku berdiri sampai ke tahap ini.

Kehidupan harus aku teruskan. Kejayaan dan impian akan terus aku gapai. Semangat yg luar biasa ini tidak mungkin pudar walau hati ini telah dilukai. Aku mampu buktikan, untuk menjadi insan yg lebih berjaya dari sebelumnya. Teringat aku dengan kata2 seorang teman. Aku memiliki segalanya... paras rupa, kerjaya, keluarga... dan byk lagi yg tidak akan aku senaraikan. Usahlah bersedih lagi.

Kini aku bangkit, ingin menjadi diri aku sendiri. Laman seperti MukaBuku akan aku tinggalkan, kerana di sana aku merasakan diri ini penuh dengan kepuraan. Dan di sana lah juga punca kekecewaan ini. Mungkin suatu hari, aku akan kembali memilikinya, tetapi biarlah mempunyai teman yg benar2 aku kenali, bukan memiliki beribu teman tetapi hakikatnya hanya maya semata2. Betapa ruginya perasaan ini diluahkan pada sesuatu yg tidak nyata.

Wednesday, December 08, 2010

Di sini lagi...

Sedih pulak melihat blog aku yang sudah lama tidak terusik. Rasanya, biarlah aku teruskan kisah hidup aku di sini, bercerita segala suka duka yang boleh aku kongsikan kepada semua pembaca khasnya teman-teman. Aku merasakan di sini adalah tempat yg paling sesuai untuk aku meluahkan segalanya. See ya at my next post :)

Thursday, May 13, 2010

Sayu...

Hidup ada kalanya di atas, ada kalanya di bawah. Sentiasa berubah-ubah. Kegembiraan x datang tiap2 hari, begitu juga dengan kesedihan. Itu sudah lumrah...

Ntah mengapa aku merasa hidup ini semakin sunyi... sepi... kosong... kegembiraan yang dahulunya aku nikmati kini pudar... dan hampir hilang. Sampai bila aku begini? Hidup seorang diri... keseorangan di rumah tanpa teman. Kadang kala aku duduk berfikir, sampai bila nasib aku sebegini, dan bagaimana nasib masa depan aku nanti.

Aku kini hanya mengharapkan kasih sayang teman2... yang cuma sementara itu. Kadangkala menumpang kasih dari keluarga angkat aku. Terharu dengan semua itu. Apa2 pun hidup harus diteruskan. Terima segala kenyataan. Aku hanya mengharap cinta yang aku impikan itu tercapai juga nanti. Kalau bukan sekarang, mungkin suatu hari nanti. Aku akan tetap menunggu. Semuanya kerana aku sayang Kamu. :')

Sunday, May 02, 2010

Makin sayang

Kenapa perasaan ini tiba2 ada urrmmm :( kenapa perasaan timbul lagi? kenapa perasaan ini pada dia? ahhhh... padahal aku tahu hakikatnya. Tapi biarlah... biarlah aku sayang cuma satu... pada dia. Itu sudah cukup buat aku tersenyum.

Kenapa sentiasa tidak cukup masa aku buat dia. Ahhh rasa mcm nak bersama setiap saat, xnak berpisah rasanya. Senang bila dpt tahu... dia juga syg kan aku, terharu nya... rasa ingin menitis air mata. Aku juga ingin dia tahu, aku syg sgt pada dia. Dan aku cinta dia.

Selamat Malam ... tidurlah... sayangku... (lov u)

Monday, April 12, 2010

Apa dah jadi...

Apa dah jadi kat aku... baru nak berbaik, baru nak jadi concern, tapi aku tersilap tulis... gara2 silap tulis tempat aku berada hari tu. Aku cuma nak bagi tau, yang aku sudah sampai di rumah. Tapi bile taip sms, kenapa kepala aku asyik fikir tempat tu, so sms yg aku tulis, instead of saying... now aku dah sampai JB, tertulis pulak now aku dah sampai **. Hancur segalanya usaha aku.

Aku memang pantang bila orang ckp aku penipu sebab aku bukan seorang penipu. Ayah dan ibu mendidik aku untuk menjadi seorang yg berguna, bukan menjadi seorang penipu. Aku betul2 marah bila orang cakap macam tu pada aku. Sekurang2 nya tanya dahulu sebelum membuat tuduhan. Aku insan yg lemah, tidak perfect. Kadang kala kita tersilap cakap, dan kadang kala kita tersilap tulis.

Sekarang aku sudah malas ambil peduli lagi. Cakap la apa yang dia nak cakap. Sekurang-kurangnya aku tidak menipu. Lebih teruk lagi ketika dia menipu aku, tapi aku tidak pernah menuduh seseorang itu menipu. Kata2 dia, cuma membangkitkan perasaan benci yang amat dasyat di dalam diri aku. Tidak akan aku maafkan sampai akhir hayat aku.

Ya Allah, ampuni dosaku. Engkau berikan aku kekuatan di atas tuduhan palsu itu. Aku insan yang lemah dan tidak sempurna. Bisa melakukan kesilapan. Engkau berikanlah aku kebahagiaan dan kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Amin