:: Search ::

Thursday, May 13, 2010

Sayu...

Hidup ada kalanya di atas, ada kalanya di bawah. Sentiasa berubah-ubah. Kegembiraan x datang tiap2 hari, begitu juga dengan kesedihan. Itu sudah lumrah...

Ntah mengapa aku merasa hidup ini semakin sunyi... sepi... kosong... kegembiraan yang dahulunya aku nikmati kini pudar... dan hampir hilang. Sampai bila aku begini? Hidup seorang diri... keseorangan di rumah tanpa teman. Kadang kala aku duduk berfikir, sampai bila nasib aku sebegini, dan bagaimana nasib masa depan aku nanti.

Aku kini hanya mengharapkan kasih sayang teman2... yang cuma sementara itu. Kadangkala menumpang kasih dari keluarga angkat aku. Terharu dengan semua itu. Apa2 pun hidup harus diteruskan. Terima segala kenyataan. Aku hanya mengharap cinta yang aku impikan itu tercapai juga nanti. Kalau bukan sekarang, mungkin suatu hari nanti. Aku akan tetap menunggu. Semuanya kerana aku sayang Kamu. :')