:: Search ::

Tuesday, March 23, 2010

Teruskan....

Penat... baru selesai menghasilkan satu lagi tasbih daripada biji mutiara Ingatkan boleh berehat sebentar dan mengusik blog untuk hari ini. Tetapi bertambah penat setelah apa yang aku tulis panjang lebar tiba2 terpadam pulak... eeee geramnya. Apa yang aku tulis tadi sudahpun hilang dari fikiran, tak tahu apa lagi yang hendak aku tulis.

Apa pun yang berlaku kita harus belajar menerima. Jadikan ianya iktibar dan pedoman untuk kita menjadi insan yang lebih baik dan sempurna. Jatuh sekali bukan bermaksud kita akan rebah selama2nya. Hidup harus diteruskan.

Yang lepas biarkan ianya berlalu, teruskan apa yang aku ada sekarang. Malah aku amat bersyukur dan menghargai apa yang aku miliki hari ini. Akan aku jaga betul2. Yang penting, aku inginkan kebahagiaan dan kejayaan. Berbalik kepada AzeeB Collection, tidak pernah terfikir untuk melakukan semua ini. Tetapi tiba2 terdetik hati aku untuk mencuba. Hasilnya, seperti yang anda boleh lihat di foto2 ini.

Terima kasih aku ucapkan pada seseorang. Tanpanya tidak mungkin semua ini akan terjadi. Amat terharu dengan sokongan yang diberikan, akan aku hargai semua itu. Walaupun sama2 tidak mempunyai pengetahuan di dalam bidang ini, namun nasihat serta dorongan nya memberi kekuatan untuk aku meneruskan segala yang aku buat sekarang ini. Idea yang dikongsi serta kretiviti dirinya memang tidak aku nafikan lagi. Terima kasi buat dia :)

Apa yang aku lakukan sekarang harus diteruskan. Semoga ianya membuahkan hasil. Sudah lama aku impikan perkara seperti ini, namun tidak pernah terjadi. Kini dengan berani aku teruskan sahaja. Tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Maaflah kalo aku menulis tentang AzeeB Collection di sini. Mungkin tidak lagi selepas ini, mungkin blog baru untuk Azeeb Collection adalah penyelesaian yang terbaik. Biarlah ianya tidak dicampur adukkan dengan kisah hidup aku. Ahhhh rasa mengantuk pulak...Rasanya di sini sahaja untuk kali ini. Sekurang kurangnya kini aku bisa mengukir senyuman. Lega rasanya apabila tidak bersedih lagi. Moga2 aku makin bahagia dan berjaya. Dia.... terima kasih :)