:: Search ::

Monday, March 08, 2010

Belajar untuk memahami...

Ahhh penat nye, baru bangun setelah penat bekerja semalam. Sampai2 di rumah semalam Mama call, tapi x banyak yg aku ungkapkan. Tiba2 menjadi kelu dan tak tahu apa yg hendak dibualkan. Aku tahu dia syg aku, dan aku juga menyayangi dia. Mungkin konflik hari itu masih lagi menyelubungi hati aku. Sakit sangat... tapi dalam masa yg sama aku cuba menerima.

Malam tadi, setelah selesai mandi aku duduk di ruang tamu. Duduk bersendirian tanpa melakukan apa2. Aku berfikir sejenak... berfikir... sampai bila hubungan aku akan berterusan seperti ini. Aku akui aku amat mencintai Mama, dan untuk meneruskan hubungan ini, aku merasakan masing2 harus saling faham memahami. Aku harus faham diri Mama, dan Mama juga harus faham diri aku. Aku mmg betul2 berharap agar Mama faham perkara2 yg aku tidak suka. Oleh itu mengulangi kesilapan yg sama mmg akan menyakitkan diri aku.

Sekarang perlahan lahan... aku cuba lupakan konflik semalam. Cuba belajar memahami diri Mama. Cuba untuk membuat yang terbaik untuk dia. Mulai hari ini, aku tidak mahu mengarah Mama lagi. Dulunya aku sering mengarah dia supaya tidur sebelum jam 3 pagi, sering menyuruh dia makan ubat kalau sakit, dan sering mengarah dia untuk berehat jika jatuh sakit. Pada masa yang sama aku sering mengarah dia supaya tidak keluar lewat malam. Disebabkan semua itu, aku dikatakan terlalu mengongkong. Terkelu lidah setelah mendengar perkataan itu. Tapi x apa lah.... mungkin aku yg bersalah. Terlalu mengarah... akhirnya mengongkong sebuah perhubungan. Mungkin apa yg terbaik... biarkan Mama untuk melakukan apa yg dia suka. Aku tidak akan menghalang apa2 lagi. Mulai hari ini aku mahu belajar menjadi kekasih Mama, belajar menjadi teman Mama, dan belajar menjadi semuanya. Apa yg penting, semua yg aku lakukan kerana aku sayang Mama. Biarlah aku yg mengalah demi sebuah cinta. Mama... I love u.