:: Search ::

Thursday, March 25, 2010

Berkecil hati... :'(

Tulisan aku kali ini bertarikh 25 March 2010, tak tahu sama ada aku akan paparkan pada hari ini atau dihari yang lain. Hari ini aku sedikit kepenatan setelah baru pulang dari Bali. Sesampai sahaja di sana, aku menerima satu sms yg cukup mengecewakan aku, namun aku terimanya dengan jiwa yang tenang. Masih dapat untuk berfikir secara positif dan yakin dapat menyelesaikan isu yang dibangkitkan. Segala pujuk rayu telah pun dicuba, namun gagal.

Sekarang... aku berada di rumah, sampai shj di rumah, aku bukak pintu cermin balkoni luas2. Lantas aku duduk di lantai. Aku renung jauh2... aku lihat langit yg membiru... sehingga tidak aku sedar .. menitis air mata aku :'( Titis demi titis jatuh ke pipi, air mata yang mula2 nya jatuh setitis, kini bagaikan mencurah air ke lantai. :'( jujur aku katakan... hati aku sebak :'( Sedih sangat2.

Aku masih merenung jauh. Kini aku hanya memikirkan tentang diri aku. Aku dah tak sanggup untuk fikir tentang orang lain. Bila aku fikir2 kan... kasihan apabila melihat diri sendiri. Kasihan melihat diri sendiri yang dulunya bersusah payah, sanggup berkorban untuk orang lain, sanggup untuk setia, sanggup untuk jujur... :'( [aku berhenti sebentar... masih x boleh tahan sebak :'( .. ]
:'( sanggup untuk di duakan... :'( ... ya Allah... besarnya pengorbanan aku, apakah ada org lain yang seperti aku?? sanggup untuk berkongsi cinta?? Bila aku fikir semua ini, ternyata usaha dan pengorbanan aku cuma sia2. Sedikit pun aku tidak pernah rasa dihargai. Tamparan yang hebat buat diri aku, mungkin inilah ujian dari-Mu.

Aku sedih bila melihat diri aku diperlakukan sebegini. Tidak sedikit pun rasa belas kasihan, seperti aku ini seekor kucing jalanan, yang merayu rayu simpati orang lain, yang merayu rayu belas kasihan orang lain, dan yang merayu rayu untuk diberi kasih sayang. Aku sendiri menangis apabila aku kenang kembali pengorbanan yang telah aku lakukan ... dan akhirnya balasannya mmg tidak setimpal.

Ya Allah, maafkan hamba Mu ini. Aku cuma insan yang lemah. Aku hanya mampu menangis. Hanya pada-Mu tempat ku meminta. Ampunkan segala kesilapan aku. Namun aku bersyukur, kerana Engkau masih memberi aku kekuatan :')

Aku akui, aku memang berkecil hati. Bukan mainan... tapi kecil hati yg sebenar benarnya... aku sungguh berkecil hati dengan apa yg telah seseorang lakukan ke atas aku. Hati aku sudah mula pudar, tiada lagi sinar cinta, dahulunya pintu yang masih terbuka luas, kini seperti di tiup angin... perlahan lahan tertutup. Berikan aku masa, pintu hati ini akan tertutup rapat dan tidak ada ruang untuk dia membukanya lagi.

Aku memang benar2 pasrah, benar2 hampa, sudah sedaya upaya mencuba, memujuk, merayu... tapi semuanya sia2 belaka. Kini aku sedar, aku bukan lagi insan bodoh,kini aku lebih memikirkan soal hati dan maruah aku sendiri. Aku sudah tidak mahu merayu, kerana aku sedar siapa aku, mengejar sesuatu yang tidak pasti memang sia2 belaka. Aku akur... ini bukan kehendak aku.... tapi kehendak dia. Kerana kesilapan orang lain, aku dihukum sebegini.
Rasanya tiada lagi jalan penyelesaian selepas ini, kerana sudah aku katakan.. aku berundur.

Mesti ada yang tertanya-tanya, apakah maksud semua ini? Cerita nya masih tersirat... lambat laun kalian akan tahu juga jalan cerita nya.

Dulu, aku seperti seorang yang tidak tahu malu, menagih kasih sayang, merayu rayu pada cinta, tekejar kejar pada harapan, hakikatnya aku hanya bertepuk sebelah tangan. Kini baru aku sedar siapa diri aku, dan sedar pada hakikat sebuah cinta. Hari ini tiba2 perasaan malu menyelubungi jiwa aku. Aku malu untuk menagih simpati lagi, dan malu merayu rayu untuk kembali bersama si dia lagi. Biarkanlah apa pun jalan ceritanya. Aku sudah malu untuk meminta apa pun. Seharusnya biarlah aku diam... berhenti untuk berharap... lambat laun aku akan bisa menerima keadaan walaupun hari ini begitu pedih hati ini diguris. Biarlah aku duduk seorang diri... menangis kesepian. Kerana aku percaya tangisan itu adalah penawar untuk hari esok. :'( Rasanya aku tidak boleh bertahan lagi, sampai bila aku harus menunggu untuk menjadi cinta yang satu. Walau hilang pun madu ku, aku akan terus diduakan dengan madu yang lain pula. Mengapa begitu kejam sampai begini aku diperlakukan. :'(

Aku tarik nafas panjang2, sudah masanya untuk aku memadam segala memori ketika bersama nya. Biar dia mati dalam hidup aku, aku sudah menyerah kalah. Aku sudah tidak mampu menanggung penderitaan ini. Biarlah dia bersama orang lain, yang difikirkannya boleh memberi kebahagiaan. Aku tidak menyatakan yg aku bisa memberi kebahagiaan itu, kerana tanpa cinta xkan terhasil semua ini Jadi, dengan hati yang redha, aku cuba rumuskan bahawa, tiada cinta antara kami. Walau beribu kali mencuba, kalau bukan jodoh, x akan ke mana juga.

Akhir kalam, buat dia... ampuni segala dosa2 aku dan segala kelemahan aku, kerna aku akui... aku dicipta olehNya bukan untuk kamu tetapi untuk orang yang bisa menyayangi dan membahagiakan aku. Aku sudah pasrah, hati aku sudah pudar. Perjalanan cinta aku yang dulunya penuh dengan azam, cita2, kasih syg, pengorbanan dan harapan kini berhenti di sini. Wassalam :'(



1 comment:

  1. tertanya-tanya....."kenapa buta sgt hati dia....????"

    ReplyDelete