:: Search ::

Thursday, April 01, 2010

Keliru...

Aku muncul lagi hari ini, muncul dengan seribu pertanyaan dan persoalan. Persoalan ini membuat aku betul betul bingung, tidaklah merasa gelisah, namun pelik dan sedikit kabur. Agak tidak jelas dengan hubungan cinta aku sekarang. Ahhh keliru... !!!

Kalau sebelum ini, aku sering menulis tentang luahan hati aku yg begitu sakit dan pedih walaupun sentiasa bersabar, bersabar untuk menjalani hubungan cinta itu. Walaupun aku sering merasai cinta aku tidak pernah dihargai namun aku teruskan jua dengan harapan... suatu hari dia akan berubah, dan menjadi seorang kekasih yang jujur dan setia.

Baru2 ini, aku membuat satu keputusan yang aku fikir amat sukar untuk aku lakukan, namun... dengan hati yg redha serta sayang, aku sanggup berkongsi kasih, walaupun kasih itu tidak begitu menyebelahi aku, namun dengan titisan air mata :') aku masih mampu tersenyum. Tersenyum tanda syukur yang aku masih memiliki dia. Segala tanggapan negatif, aku buang jauh2. Aku cuba telan walaupun pahitnya berkongsi kasih. Mungkin ini lah penyelesaian yang terbaik. Terdetik dihati aku, aku harus mengalah... untuk mendapatkan cinta itu, aku harus bekorban jika benar2 aku menyayangi dia. Terlintas lagi di fikiran aku, bukankah sudah banyak kali aku mengalah??? Bukankah sudah banyak kali aku bekorban??? Bisik hati kecil aku lagi.."xpe lah... biarlah aku yang mengalah...".

Tidak lama selepas itu, penyelesaian yg aku fikirkan boleh mengekalkan hubungan kami, lenyap begitu sahaja. Aku yg tidak bersalah pada waktu itu kini menjadi mangsa. Mangsa keadaan oleh hubungan cinta dia dengan orang lain. Gara2 itu, aku disisih, aku dibuang begitu sahaja. Pedihnya hati saat itu. Bila memikirkan yang aku cuma lah boneka. Tidak pernah rasa penting bagi dirinya. Selepas itu, aku diambil semula... tetapi harus berkongsi kasih pada cinta barunya pula :'( Ahhh!@#$% Sampai bila aku harus berkongsi kasih begini?? Tidak pernahkah ada ruang untuk aku memiliki kau seorang?? Aku duduk... menangis lagi... bertanya pada diri sendiri... apakah cinta aku ini palsu??

Walaupun pahit... aku cuba menerima. Tapi tidak semudah itu. Aku merasa gelisah setiap saat dan setiap waktu. Tambah2 lagi bila mengetahui dia bersama lelaki baru itu. Tidak dapat aku bayangkan, betapa siksanya hidup aku saat itu, 4 hari mereka bersama... seolah2 4 tahun aku terpaksa menderita. Namun... derita itu hanya ditemani oleh tangisan...

Kini aku sedar lagi, sedar yang cinta aku tidak pernah dihargai. Aku tidak harus terus begini. Teringat aku dengan kata2 L**, aku harus sayang diri aku sebelum aku menyayangi orang lain, kerana menyayangi orang lain belum membuktikan dia akan menyayangi diri kita. Aku cuba untuk memahami kata2 itu, dan akhirnya aku cuba untuk mempelajarinya.

Tapi kini aku keliru, keliru kerana seolah olah aku pula yang bersalah. Apakah semua ini? Setelah aku bisa untuk mempelajari kata2 itu, setelah aku bisa mengubati derita itu, kenapa aku pula yang harus disalahkan??? Apakah yg berlaku ini gara2 aku?? Apakah aku puncanya??? Apakah aku yang menimbulkan seribu permasalahan??? Ahhh bingung!!!

Yang peliknya, dia boleh memiliki sesiapa sahaja yg dia suka. Pernahkah dia fikir tentang perasaan aku?? Pernahkah dia fikir betapa pedihnya hati aku??? Aku hanya mampu menangis untuk menjawab segala persoalan itu.

Baru beberapa hari yg lepas aku menulis tentang intan dan kaca. Tapi disalah tafsirkan. Sedangkan hari itu belum berlaku, hanyalah perancangan yang boleh aku batalkan. Sudah berkali2 aku terangkan... aku belum memiliki siapa2 kecuali dia. mengapa kau tidak buktikan sahaja cinta kau padaku?? Biar aku bisa batalkan semuanya sebelum ianya berlaku!!! Tapi, yang kedengaran... sindiran dan kutukan. Kau pula yang menyalahi aku, seperti aku ini menduakan cinta engkau. Apakah sekarang ini kau tidak menduakan cinta aku??

Satu kata2 yg tidak bisa aku lupakan, kau katakan... jangan asyik memikirkan diri sendiri... huftttt aku pula yang dipersalahkan. Persoalan aku.... adakah selama ini kau pernah menyelami fikiran aku?? dan adakah selama ini kau pernah fikir diri aku yang kau duai dan kau dustai... salamzz... :'(


No comments:

Post a Comment