:: Search ::

Thursday, April 08, 2010

Kini aku sendiri... tinggal kenangan :')

Akhir2 ini... aku sudah tidak memikirkan soal cinta lagi. Cukuplah aku menangis dalam beberapa bulan ini. Lagipun kisah cinta aku sudah sampai di akhir garisan, tiada lagi peluang untuk aku menebus segala kesilapan aku. Nak minta peluang lagi... rasa malu pulak. Sebab aku sedar siapa diri aku :)
Sekarang aku berada di Ahmedabad, kena panggil untuk ke sini sebab "on standby" tempoh hari. Rosaklah rancangan aku untuk bertemu teman yang berada di Abu Dhabi. Di sini, tidak banyak aktiviti yg dapat aku lakukan. Nak online... terpaksa guna komputer hotel, di dalam bilik hanya menonton tv dan membuat sedikit koleksi AzeeB Collections, nak keluar jalan2 pulak... panas dan tidak banyak tempat yg menarik bagi aku. Mmmm busan nye... 11hb baru boleh balik.

Sekarang... aku membujang lagi. Rasanye malas untuk bercinta lagi. Tidak begitu pantas untuk aku mencari pengganti. nak cari yang betul2 sesuai memang perlukan sedikit masa, yang penting kena ada perasaan cinta. Walaupun redha dengan apa yang telah berlaku, aku kini seorang diri hanya sibuk dengan rutin harian aku. Tumpukan pada kerjaya aku, dan yang paling penting aku harus pastikan AzeeB Collections berjaya suatu hari nanti. Pada Dia.... AzeeB Collections milik kita, dan aku akan pastikan ianya akan berjalan sampai bila2. Selagi AzeeB Collections itu ada, selama itulah aku masih menyayangi dan mencintai kamu :)

Tidak banyak yang aku ingin luahkan pada hari ini, berbeza dari hari2 sebelumnya. Aku sudah mula untuk mendapatkan yang terbaik untuk aku. Permintaan dia untuk melihat aku kurus, berambut pendek, dan bermisai (hehehe lucu :") ).... masih lagi aku usahakan. Semuanya aku lakukan untuk dia. Walaupun aku sudah tidak punya siapa2 lagi... namun aku harus teruskan hidup ini dan mengejar cita2 aku. Pada dia, maafkan segala dosa2 Bee, halalkan segalanya, simpan kenangan kita, ingat kan Bee selalu, dan doakan Bee berjaya. Walaupun sekarang Bee bukan siapa2, tapi Bee masih menyayangi dan mencintai kamu :') Salam dari India. - Ajeeb