:: Search ::

Wednesday, December 08, 2010

Di sini lagi...

Sedih pulak melihat blog aku yang sudah lama tidak terusik. Rasanya, biarlah aku teruskan kisah hidup aku di sini, bercerita segala suka duka yang boleh aku kongsikan kepada semua pembaca khasnya teman-teman. Aku merasakan di sini adalah tempat yg paling sesuai untuk aku meluahkan segalanya. See ya at my next post :)

Thursday, May 13, 2010

Sayu...

Hidup ada kalanya di atas, ada kalanya di bawah. Sentiasa berubah-ubah. Kegembiraan x datang tiap2 hari, begitu juga dengan kesedihan. Itu sudah lumrah...

Ntah mengapa aku merasa hidup ini semakin sunyi... sepi... kosong... kegembiraan yang dahulunya aku nikmati kini pudar... dan hampir hilang. Sampai bila aku begini? Hidup seorang diri... keseorangan di rumah tanpa teman. Kadang kala aku duduk berfikir, sampai bila nasib aku sebegini, dan bagaimana nasib masa depan aku nanti.

Aku kini hanya mengharapkan kasih sayang teman2... yang cuma sementara itu. Kadangkala menumpang kasih dari keluarga angkat aku. Terharu dengan semua itu. Apa2 pun hidup harus diteruskan. Terima segala kenyataan. Aku hanya mengharap cinta yang aku impikan itu tercapai juga nanti. Kalau bukan sekarang, mungkin suatu hari nanti. Aku akan tetap menunggu. Semuanya kerana aku sayang Kamu. :')

Sunday, May 02, 2010

Makin sayang

Kenapa perasaan ini tiba2 ada urrmmm :( kenapa perasaan timbul lagi? kenapa perasaan ini pada dia? ahhhh... padahal aku tahu hakikatnya. Tapi biarlah... biarlah aku sayang cuma satu... pada dia. Itu sudah cukup buat aku tersenyum.

Kenapa sentiasa tidak cukup masa aku buat dia. Ahhh rasa mcm nak bersama setiap saat, xnak berpisah rasanya. Senang bila dpt tahu... dia juga syg kan aku, terharu nya... rasa ingin menitis air mata. Aku juga ingin dia tahu, aku syg sgt pada dia. Dan aku cinta dia.

Selamat Malam ... tidurlah... sayangku... (lov u)

Monday, April 12, 2010

Apa dah jadi...

Apa dah jadi kat aku... baru nak berbaik, baru nak jadi concern, tapi aku tersilap tulis... gara2 silap tulis tempat aku berada hari tu. Aku cuma nak bagi tau, yang aku sudah sampai di rumah. Tapi bile taip sms, kenapa kepala aku asyik fikir tempat tu, so sms yg aku tulis, instead of saying... now aku dah sampai JB, tertulis pulak now aku dah sampai **. Hancur segalanya usaha aku.

Aku memang pantang bila orang ckp aku penipu sebab aku bukan seorang penipu. Ayah dan ibu mendidik aku untuk menjadi seorang yg berguna, bukan menjadi seorang penipu. Aku betul2 marah bila orang cakap macam tu pada aku. Sekurang2 nya tanya dahulu sebelum membuat tuduhan. Aku insan yg lemah, tidak perfect. Kadang kala kita tersilap cakap, dan kadang kala kita tersilap tulis.

Sekarang aku sudah malas ambil peduli lagi. Cakap la apa yang dia nak cakap. Sekurang-kurangnya aku tidak menipu. Lebih teruk lagi ketika dia menipu aku, tapi aku tidak pernah menuduh seseorang itu menipu. Kata2 dia, cuma membangkitkan perasaan benci yang amat dasyat di dalam diri aku. Tidak akan aku maafkan sampai akhir hayat aku.

Ya Allah, ampuni dosaku. Engkau berikan aku kekuatan di atas tuduhan palsu itu. Aku insan yang lemah dan tidak sempurna. Bisa melakukan kesilapan. Engkau berikanlah aku kebahagiaan dan kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Amin

Thursday, April 08, 2010

Kini aku sendiri... tinggal kenangan :')

Akhir2 ini... aku sudah tidak memikirkan soal cinta lagi. Cukuplah aku menangis dalam beberapa bulan ini. Lagipun kisah cinta aku sudah sampai di akhir garisan, tiada lagi peluang untuk aku menebus segala kesilapan aku. Nak minta peluang lagi... rasa malu pulak. Sebab aku sedar siapa diri aku :)
Sekarang aku berada di Ahmedabad, kena panggil untuk ke sini sebab "on standby" tempoh hari. Rosaklah rancangan aku untuk bertemu teman yang berada di Abu Dhabi. Di sini, tidak banyak aktiviti yg dapat aku lakukan. Nak online... terpaksa guna komputer hotel, di dalam bilik hanya menonton tv dan membuat sedikit koleksi AzeeB Collections, nak keluar jalan2 pulak... panas dan tidak banyak tempat yg menarik bagi aku. Mmmm busan nye... 11hb baru boleh balik.

Sekarang... aku membujang lagi. Rasanye malas untuk bercinta lagi. Tidak begitu pantas untuk aku mencari pengganti. nak cari yang betul2 sesuai memang perlukan sedikit masa, yang penting kena ada perasaan cinta. Walaupun redha dengan apa yang telah berlaku, aku kini seorang diri hanya sibuk dengan rutin harian aku. Tumpukan pada kerjaya aku, dan yang paling penting aku harus pastikan AzeeB Collections berjaya suatu hari nanti. Pada Dia.... AzeeB Collections milik kita, dan aku akan pastikan ianya akan berjalan sampai bila2. Selagi AzeeB Collections itu ada, selama itulah aku masih menyayangi dan mencintai kamu :)

Tidak banyak yang aku ingin luahkan pada hari ini, berbeza dari hari2 sebelumnya. Aku sudah mula untuk mendapatkan yang terbaik untuk aku. Permintaan dia untuk melihat aku kurus, berambut pendek, dan bermisai (hehehe lucu :") ).... masih lagi aku usahakan. Semuanya aku lakukan untuk dia. Walaupun aku sudah tidak punya siapa2 lagi... namun aku harus teruskan hidup ini dan mengejar cita2 aku. Pada dia, maafkan segala dosa2 Bee, halalkan segalanya, simpan kenangan kita, ingat kan Bee selalu, dan doakan Bee berjaya. Walaupun sekarang Bee bukan siapa2, tapi Bee masih menyayangi dan mencintai kamu :') Salam dari India. - Ajeeb

Thursday, April 01, 2010

Akhirnya...

Akhirnya, aku hanya akan menulis di sini. Tiada lagi Facebook. Tiada lagi luahan hati di sana. Biarlah semuanya di sini. Entah mengapa, aku berhenti lebih awal dari yang dijangkakan. Sepatutnya aku berundur diri pada 2hb April tepat jam 2359. Tetapi nampaknya, semakin lama aku di situ, semakin sakit hati ini.

Entah mengapa akhir2 ini aku sering dipersalahkan. Ada sahaja yang tidak kena. Sedangkan aku cuba yang terbaik, aku cuba untuk berlembut, dan aku cuba untuk memulakan perbualan dengan kata2 yg sopan. Tetapi, balasannya tidak seperti yang aku fikir. Ada sahaja salah aku. Aku pulak yang menjadi bingung, semua ini berpunca dari aku ke? Aku kah yang memulakan semua ini? Ape2 la, biar lah aku yg salah, dan biarlah dia yang betul. Aku hanya mampu mengalah.

Lega sedikit rasanya bila sudah tidak memiliki Facebook. Rasa tenang je, x banyak yg aku harus fikir. Rasanya, aku akan mengalah dalam segala hal, biarlah... aku sudah malas untuk bertekak. Rasanya biarlah aku yang berdiam diri, mana tahu itu lah jalan yang terbaik untuk aku menyelamatkan hubungan ini. Ini sahaja cara yang dapat aku fikirkan. Aku sudah tidak dapat berfikir lagi. Aku tidak mau hubungan ini menjadi semakin keruh.

Tiada gunanya untuk duduk berbincang kalau setiap ayat yang keluar dari hati aku menjadi punca perbalahan. Biarkan aku berehat sebentar, biarkan aku untuk melupakan masalah ini untuk seketika. Akhir kalam, maafkan segala kesilapan aku, aku sedar aku hanya seorang insan yang lemah, aku hanya ingin hubungan kita seperti dulu. Maafkan aku... di jauh sudut hati aku... aku masih mencintai kamu :')

Keliru...

Aku muncul lagi hari ini, muncul dengan seribu pertanyaan dan persoalan. Persoalan ini membuat aku betul betul bingung, tidaklah merasa gelisah, namun pelik dan sedikit kabur. Agak tidak jelas dengan hubungan cinta aku sekarang. Ahhh keliru... !!!

Kalau sebelum ini, aku sering menulis tentang luahan hati aku yg begitu sakit dan pedih walaupun sentiasa bersabar, bersabar untuk menjalani hubungan cinta itu. Walaupun aku sering merasai cinta aku tidak pernah dihargai namun aku teruskan jua dengan harapan... suatu hari dia akan berubah, dan menjadi seorang kekasih yang jujur dan setia.

Baru2 ini, aku membuat satu keputusan yang aku fikir amat sukar untuk aku lakukan, namun... dengan hati yg redha serta sayang, aku sanggup berkongsi kasih, walaupun kasih itu tidak begitu menyebelahi aku, namun dengan titisan air mata :') aku masih mampu tersenyum. Tersenyum tanda syukur yang aku masih memiliki dia. Segala tanggapan negatif, aku buang jauh2. Aku cuba telan walaupun pahitnya berkongsi kasih. Mungkin ini lah penyelesaian yang terbaik. Terdetik dihati aku, aku harus mengalah... untuk mendapatkan cinta itu, aku harus bekorban jika benar2 aku menyayangi dia. Terlintas lagi di fikiran aku, bukankah sudah banyak kali aku mengalah??? Bukankah sudah banyak kali aku bekorban??? Bisik hati kecil aku lagi.."xpe lah... biarlah aku yang mengalah...".

Tidak lama selepas itu, penyelesaian yg aku fikirkan boleh mengekalkan hubungan kami, lenyap begitu sahaja. Aku yg tidak bersalah pada waktu itu kini menjadi mangsa. Mangsa keadaan oleh hubungan cinta dia dengan orang lain. Gara2 itu, aku disisih, aku dibuang begitu sahaja. Pedihnya hati saat itu. Bila memikirkan yang aku cuma lah boneka. Tidak pernah rasa penting bagi dirinya. Selepas itu, aku diambil semula... tetapi harus berkongsi kasih pada cinta barunya pula :'( Ahhh!@#$% Sampai bila aku harus berkongsi kasih begini?? Tidak pernahkah ada ruang untuk aku memiliki kau seorang?? Aku duduk... menangis lagi... bertanya pada diri sendiri... apakah cinta aku ini palsu??

Walaupun pahit... aku cuba menerima. Tapi tidak semudah itu. Aku merasa gelisah setiap saat dan setiap waktu. Tambah2 lagi bila mengetahui dia bersama lelaki baru itu. Tidak dapat aku bayangkan, betapa siksanya hidup aku saat itu, 4 hari mereka bersama... seolah2 4 tahun aku terpaksa menderita. Namun... derita itu hanya ditemani oleh tangisan...

Kini aku sedar lagi, sedar yang cinta aku tidak pernah dihargai. Aku tidak harus terus begini. Teringat aku dengan kata2 L**, aku harus sayang diri aku sebelum aku menyayangi orang lain, kerana menyayangi orang lain belum membuktikan dia akan menyayangi diri kita. Aku cuba untuk memahami kata2 itu, dan akhirnya aku cuba untuk mempelajarinya.

Tapi kini aku keliru, keliru kerana seolah olah aku pula yang bersalah. Apakah semua ini? Setelah aku bisa untuk mempelajari kata2 itu, setelah aku bisa mengubati derita itu, kenapa aku pula yang harus disalahkan??? Apakah yg berlaku ini gara2 aku?? Apakah aku puncanya??? Apakah aku yang menimbulkan seribu permasalahan??? Ahhh bingung!!!

Yang peliknya, dia boleh memiliki sesiapa sahaja yg dia suka. Pernahkah dia fikir tentang perasaan aku?? Pernahkah dia fikir betapa pedihnya hati aku??? Aku hanya mampu menangis untuk menjawab segala persoalan itu.

Baru beberapa hari yg lepas aku menulis tentang intan dan kaca. Tapi disalah tafsirkan. Sedangkan hari itu belum berlaku, hanyalah perancangan yang boleh aku batalkan. Sudah berkali2 aku terangkan... aku belum memiliki siapa2 kecuali dia. mengapa kau tidak buktikan sahaja cinta kau padaku?? Biar aku bisa batalkan semuanya sebelum ianya berlaku!!! Tapi, yang kedengaran... sindiran dan kutukan. Kau pula yang menyalahi aku, seperti aku ini menduakan cinta engkau. Apakah sekarang ini kau tidak menduakan cinta aku??

Satu kata2 yg tidak bisa aku lupakan, kau katakan... jangan asyik memikirkan diri sendiri... huftttt aku pula yang dipersalahkan. Persoalan aku.... adakah selama ini kau pernah menyelami fikiran aku?? dan adakah selama ini kau pernah fikir diri aku yang kau duai dan kau dustai... salamzz... :'(