:: Search ::

Saturday, March 31, 2012

Back to basic

7.29pagi Johannesburg - South Africa (1.29pm MY)

5 hari sudah berlalu. Tiada lagi cinta, tiada lagi erti syg, kini aku membawa haluan sendiri. Setelah selesai solat subuh...aku merebahkan badan di atas katil, dengan kedua2 tangan kanan aku rebahkan di sisi, sambil kepala menoleh ke arah jendela. Aaaahhhhhhhhh... (aku menarik nafas panjang). Indah sungguh pemandangan di Afrika. Betul2 membuat perasaan aku sayu. :'(

Aku berfikir panjang... mengenangkan diri ini, yg kini terpaksa berjalan sendiri, meneruskan kehidupan tanpa seorang teman. Namun aku bersyukur, kerana masih mempunyai keluarga yg tercinta. Tanpa mereka, tiada lah aku berdiri sampai ke tahap ini.

Kehidupan harus aku teruskan. Kejayaan dan impian akan terus aku gapai. Semangat yg luar biasa ini tidak mungkin pudar walau hati ini telah dilukai. Aku mampu buktikan, untuk menjadi insan yg lebih berjaya dari sebelumnya. Teringat aku dengan kata2 seorang teman. Aku memiliki segalanya... paras rupa, kerjaya, keluarga... dan byk lagi yg tidak akan aku senaraikan. Usahlah bersedih lagi.

Kini aku bangkit, ingin menjadi diri aku sendiri. Laman seperti MukaBuku akan aku tinggalkan, kerana di sana aku merasakan diri ini penuh dengan kepuraan. Dan di sana lah juga punca kekecewaan ini. Mungkin suatu hari, aku akan kembali memilikinya, tetapi biarlah mempunyai teman yg benar2 aku kenali, bukan memiliki beribu teman tetapi hakikatnya hanya maya semata2. Betapa ruginya perasaan ini diluahkan pada sesuatu yg tidak nyata.

1 comment:

  1. Jgn bsdeh.. Ujian Allah utk hambaNya yg mampu mghadapinya.. Utk hamba yg dsayangiNya dan supaya hambanya smkin dkt dgnNya.. Andai benar kata teman itu, bsyukurlah dgn apa yg awk ada.. Mungkin org lain xmmpu utk dpt semua itu.. Sesungguhnya.., jodoh, rezeki, dan ajal maut itu rahsia Allah.. La tahzan :) ::einaw::

    ReplyDelete