:: Search ::

Wednesday, March 24, 2010

Jangan Bersedih Lagi

Notes: Kamoo jgn sedih2 lagi ye... I will be here for you :)



Kekasihku
Jangan bersedih lagi
Keringkanlah titisan air mata di pipi
Kekasihku
Tabahkan hatimu
Sekalipun tak pernah terduga
Halangan yang melanda
Melenyapkan
Impian bersama
Jangan dikesali
Atas apa yang terjadi
Mungkin rahmat sebaliknya
Membuahkan bahagia
Kekasihku
Aku tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah
Ada dusta
Kasih antara kita
Jangan berduka (kekasihku)
Jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah
Menerima
Segala-galanya dengan redha

Mungkin suatu hari
Kita akan bersama lagi
Aku masih mengharap
Segalanya kan
Berulang semula

Kekasihku
Aku tahu
Kita sama saling percaya
Tidak pernah

Ada dusta
Kasih antara kita
Jangan berduka (kekasihku)
Jangan berdendam pada sesiapa
Bersabarlah
Menerima
Segala-galanya dengan redha

Tuesday, March 23, 2010

Teruskan....

Penat... baru selesai menghasilkan satu lagi tasbih daripada biji mutiara Ingatkan boleh berehat sebentar dan mengusik blog untuk hari ini. Tetapi bertambah penat setelah apa yang aku tulis panjang lebar tiba2 terpadam pulak... eeee geramnya. Apa yang aku tulis tadi sudahpun hilang dari fikiran, tak tahu apa lagi yang hendak aku tulis.

Apa pun yang berlaku kita harus belajar menerima. Jadikan ianya iktibar dan pedoman untuk kita menjadi insan yang lebih baik dan sempurna. Jatuh sekali bukan bermaksud kita akan rebah selama2nya. Hidup harus diteruskan.

Yang lepas biarkan ianya berlalu, teruskan apa yang aku ada sekarang. Malah aku amat bersyukur dan menghargai apa yang aku miliki hari ini. Akan aku jaga betul2. Yang penting, aku inginkan kebahagiaan dan kejayaan. Berbalik kepada AzeeB Collection, tidak pernah terfikir untuk melakukan semua ini. Tetapi tiba2 terdetik hati aku untuk mencuba. Hasilnya, seperti yang anda boleh lihat di foto2 ini.

Terima kasih aku ucapkan pada seseorang. Tanpanya tidak mungkin semua ini akan terjadi. Amat terharu dengan sokongan yang diberikan, akan aku hargai semua itu. Walaupun sama2 tidak mempunyai pengetahuan di dalam bidang ini, namun nasihat serta dorongan nya memberi kekuatan untuk aku meneruskan segala yang aku buat sekarang ini. Idea yang dikongsi serta kretiviti dirinya memang tidak aku nafikan lagi. Terima kasi buat dia :)

Apa yang aku lakukan sekarang harus diteruskan. Semoga ianya membuahkan hasil. Sudah lama aku impikan perkara seperti ini, namun tidak pernah terjadi. Kini dengan berani aku teruskan sahaja. Tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Maaflah kalo aku menulis tentang AzeeB Collection di sini. Mungkin tidak lagi selepas ini, mungkin blog baru untuk Azeeb Collection adalah penyelesaian yang terbaik. Biarlah ianya tidak dicampur adukkan dengan kisah hidup aku. Ahhhh rasa mengantuk pulak...Rasanya di sini sahaja untuk kali ini. Sekurang kurangnya kini aku bisa mengukir senyuman. Lega rasanya apabila tidak bersedih lagi. Moga2 aku makin bahagia dan berjaya. Dia.... terima kasih :)

Monday, March 22, 2010

AzeeB Collection

Baru pulang dari merehatkan minda. Nampaknya aku sudah lupa apa yg telah berlaku tempoh hari. Kini aku sudah mampu tersenyum, sudah mampu ketawa, dan sudah mampu untuk melakukan hal2 yang lain. Dengan kata lain, tiada lagi perasaan sedih, tiada lagi perasaan marah, tiada lagi perasaan cemburu, dan tiada lagi perasaan-perasaan yg boleh menyakitkan hati aku. Cuma perasaan sayang itu akan kekal buat selama nya :)

Tenang hati bila asyik melihat pemandangan laut yg kehijauan, langit yang membiru, serta suara2 merdu yang menyanyi. Mungkin ini adalah episod baru dalam hidup aku. Takkan aku ulangi kesilapan dulu, kesilapan lama aku jadikan panduan supaya aku dapat melakukan yang lebih baik dari dulu, supaya aku menjadi seorang lelaki yg lebih disenangi dan diterima seadanya. Kini aku hanya mengikut arus... dan itu yg aku rasakan terbaik buat aku. Namun, aku x akan biarkan diri aku hanyut tanpa arah... biarlah aku hanyut dengan kebahagiaan dan kejayaan.

Hari ini aku pulang... membawa seribu makna dan kenangan. Akhirnya percutian aku melahirkan satu idea... AzeeB Collection. Tunggu dan lihat apakah itu AzeeB Collection :)

Monday, March 08, 2010

Belajar untuk memahami...

Ahhh penat nye, baru bangun setelah penat bekerja semalam. Sampai2 di rumah semalam Mama call, tapi x banyak yg aku ungkapkan. Tiba2 menjadi kelu dan tak tahu apa yg hendak dibualkan. Aku tahu dia syg aku, dan aku juga menyayangi dia. Mungkin konflik hari itu masih lagi menyelubungi hati aku. Sakit sangat... tapi dalam masa yg sama aku cuba menerima.

Malam tadi, setelah selesai mandi aku duduk di ruang tamu. Duduk bersendirian tanpa melakukan apa2. Aku berfikir sejenak... berfikir... sampai bila hubungan aku akan berterusan seperti ini. Aku akui aku amat mencintai Mama, dan untuk meneruskan hubungan ini, aku merasakan masing2 harus saling faham memahami. Aku harus faham diri Mama, dan Mama juga harus faham diri aku. Aku mmg betul2 berharap agar Mama faham perkara2 yg aku tidak suka. Oleh itu mengulangi kesilapan yg sama mmg akan menyakitkan diri aku.

Sekarang perlahan lahan... aku cuba lupakan konflik semalam. Cuba belajar memahami diri Mama. Cuba untuk membuat yang terbaik untuk dia. Mulai hari ini, aku tidak mahu mengarah Mama lagi. Dulunya aku sering mengarah dia supaya tidur sebelum jam 3 pagi, sering menyuruh dia makan ubat kalau sakit, dan sering mengarah dia untuk berehat jika jatuh sakit. Pada masa yang sama aku sering mengarah dia supaya tidak keluar lewat malam. Disebabkan semua itu, aku dikatakan terlalu mengongkong. Terkelu lidah setelah mendengar perkataan itu. Tapi x apa lah.... mungkin aku yg bersalah. Terlalu mengarah... akhirnya mengongkong sebuah perhubungan. Mungkin apa yg terbaik... biarkan Mama untuk melakukan apa yg dia suka. Aku tidak akan menghalang apa2 lagi. Mulai hari ini aku mahu belajar menjadi kekasih Mama, belajar menjadi teman Mama, dan belajar menjadi semuanya. Apa yg penting, semua yg aku lakukan kerana aku sayang Mama. Biarlah aku yg mengalah demi sebuah cinta. Mama... I love u.

Saturday, March 06, 2010

Kecewa....

Tak tau lah aku mcm mana nak mulakan penulisan aku di dalam blog ni, dah lama sgt aku tinggalkan sejak aku mula bekerja pada tahun 2005. Tapi geram punye pasal, hampa... + sedih.... rasanya perlu jugak untuk aku memiliki sebuah blog. Teringat aku di zaman universiti, di sinilah aku selalu meluah perasaan, follower pun not bad, ::ajeeb-online:: hehehe ingat lagi.... now im back!

Aku geram... aku hampa,kecewa dan aku sedih... di dalam kurungan (aku berkecil hati) ... :(

Aku syg akan cinta aku. Dulu dia panggil aku Bee... then aku panggil dia Ayang. Sweet.... tapi tak lama selepas tu die tukar lagi. Now die panggil aku Papa, aku plak panggil die Mama. Urmmm too sweet la plak. Tapi aku ikutkan saje, janji dia suka... aku pun suka.

One thing aku tak faham pasal Mama, aku tak tahu ape yg Mama nak? Aku tak tahu die nak teman hidup yang bagaimana? Aku ingatkan... ada nya aku, hubungan kami akan selalu bahagia. Tapi fikiran aku agak meleset, asyik2 bergaduh ada la. Penghujungnya, aku yg akan dipersalahkan, kononnya aku cemburu membabi buta.

Ingin je aku cakap pada Mama, seseorang x akan cemburu sampai tahap tu kalau kekasih dia suka buat hal. Sebab sayanglah... aku cemburu mcm tu sekali. Aku cuba juga kawal... kononnya xnak cemburu cemburu... tapi xleh... xleh sebab Mama yang buat hal... urmmm... cuba ikut je kata aku... kan senang. Kalo xnak ikut pon, drama la sket aku bukan tahu pon dia akan betul2 ikut kata aku. Urmmm... ntahla. :( aku ni over sangat ke?? aku suruh ikut kata aku, bukan maksud aku nak mengarah... tapi sebab aku concern. Kalo dah aku suruh tido sebelum pukul jam 3 pagi... pergi je la... ni nak melawan jugak, tido sampai 6...7 pagi, salah ke aku?? Aku cuma risau kalo Mama tu sakit. Tu jer... nanti mula lah dia mengadu... sakit kepala la, letih la... ape la... akhirnya Mama kata aku mengongkong die padahal aku ambik berat pasal dia. :( aku sedih lagi...

Aku tulis blog ni, cuma nak nasihat pada Mama, aku cemburu kerana Mama yang mulakan. Kalo di facebook tu, asyik asyik nak syg org itu, nak syg org ini, aku pun jadi fade up. Abis aku ni siapa? Semua org yg die suka, die akan panggil syg. Pastu mulalah nak bermanja... eeee aku geli la.... Manja2 tu sepatutnya dengan Papa jer, bukan dikongsikan dengan org lain! Bila aku nasihat... mama akan cakap... "alah... main2 je la.. papa ni cemburu tak tentu pasal!!" . Hello.... sape yang tak cemburu kalau dia dah panggil org lain cayang la, papa la...@#$%^&*. Org lain pun berkasih syg jugak dalam facebook tu, tapi xde lah liar mcm tu. Dia tu harus sedar dia tu sudah berpunya. Huffttt. Tapi... kalaulah dia x menggatal macam tu, aku xkan cemburu sampai tahap ni kot :(

Hahhhhh... aku tarik nafas panjang2 kemudian perlahan lahan aku lepaskan. Lega sedikit rasanya. Sekarang aku dah mula malas dengan hubungan seperti ini. Aku dah beri 101% komitmen, tapi masih ada lagi yg tidak menghargai. Aku cuma tidak mahu membuang masa dengan org yang tidak menjanjikan apa2 buat aku. Tapi sekarang, aku masih lagi boleh bersabar, tengok lah nanti bagaimana ceritanya. Sebab aku sayang... aku teruskan.

Cuma satu je aku nak pesan pada Mama, andaikata suatu hari nanti, kalau tidak ada lelaki seperti aku di dalam hidup Mama...harap Mama x menyesal, tetapi kalo Mama berjumpa yang lebih baik dari aku, aku akan doa kebahagiaan Mama. Salam :(